login
BoNd007 Incimeem VIP - Click to find out more Bernyawa

About

Description
Sejarah muzik aliran rock bermula di Malaysia adalah di sekitar 1978 - 1982. Dikenali dengan panggilan rock kapak. Ia merupakan era zaman rock yang berada dalam generasi pertama ataupun pencetus muzik rock. Muzik rock pada masa ini tidak terlalu keras dari segi irama dan liriknya penuh puitis. Di antara group2 yang mempelopori era ini adalah seperti Flybaits, Kembara, Carefree, Sweet September, Heavy Machine, Brain Connection dan banyak lagi. 1983 - 1993, zaman ini bolehlah dikatakan era muzik rock generasi kedua. Bermula dari Singapura, dengan group seperti Rusty Blade, Helter Skelter dan Sweet Charity, maka menularlah muzik rock ini ke selatan tanahair iaitu Johor. Di era inilah tercetusnya revolusi rock atau dipanggil era emas muzik rock di Malaysia. Daripada penubuhan kumpulan Search pada tahun 1981 sebagai pelopor muzik rock yang agak keras jika dibandingkan dengan era generasi pertama, maka muncullah beratus2 kumpulan rock di seluruh pelosok Malaysia. Diibaratkan hampir setiap hari pasti ada satu kumpulan rock yang akan menjual album di pasaran. Segala²nya berubah wajah, dari segi penampilan, peribadi hinggalah kepada pertuturan. Dari segi lirik lagu pula, lagu yang menjadi hits sudah tentu berkisarkan pada cinta, tetapi, rata², mereka juga banyak melahirkan bait² lirik tentang pergolakan yang berlaku di dunia serta perjuangan mereka dalam bidang seni. Cukup menarik jika didengari. Di zaman ini juga lahir beberapa pertandingan sehingga ke peringkat kebangsaan untuk penggemar muzik rock, khusus untuk kumpulan² ini menunjukkan kehebatan serta bakat masing². Di antaranya Juara Rock 1 & 2, Battle Of The Band 1 & 2, Clash Of The Band 1, 2 & 3, War Rock 1, 2, 3 & 4, Festival Rock, Hikayat Rock, Kumpulan Muzik Tenggara, Pancakara Di Cakarawala, Batu Batu Perjuangan, Rock Galactica, Hiburan Kingsway dan banyak lagi. Dengan adanya beberapa pertandingan ini juga telah menggalakkan lebih banyak kumpulan rock ditubuhkan. Imej rock agak tercalar seketika ketika kejadian amuk di Pesta Nibong Tebal, Pulau Pinang semasa pertandingan Battle Of The Bands 1 dan juga beberapa insiden yang berlaku di tapak² hiburan di seluruh tanahair. Rasanya tidak perlu disebutkan antara kumpulan² yang begitu gah di persada seni ketika era emas ini. Antaranya ialah Search, Wings, Lefhanded, BPR, May, Rusty Blade, Crossfire, Junction, Desire dan banyak lagi. Kegemilangan di zaman emas ini terus berkembang sehingga ke negara² jiran terutamanya Singapura dan Indonesia. Rockers² dari Singapura tidak kurang hebatnya dengan rata² mereka lebih gemar membawakan rentak metal dalam album mereka. Muda mudi di Indonesia juga begitu fanatik dengan muzik rock dari Malaysia sehingga artis² Indonesia sendiri tidak mampu untuk bertapak di sana. Tanyalah...siapa Search? Wings? May? Iklim? dan beberapa kumpulan lagi yang mencipta nama di Indonesia. Pasti mereka mengenalinya sehingga hari ini. Sebaliknya, muncullah pemuzik rock Indonesia yang meniru aliran rock dari Malaysia. Kerana kegilaan rock di zaman ini telah mengundang segelintir pandangan² negatif dari pelbagai pihak, sehingga ke peringkat Kabinet. 1988, RTM mengharamkan rockers yang berambut panjang dan penampilan yang tidak kemas dari muncul di kaca TV dan juga lagu² mereka di gam dari disiarkan di Radio. RTM juga mensyaratkan supaya nama² kumpulan yang menggunakan bahasa inggeris agar ditukarkan kepada melayu. Semangat mereka tetap utuh. Satu²nya stesen swasta ketika itu adalah TV3. Mereka tidak terikat dengan syarat² RTM. Ianya tidak melunturkan rockers di era emas ini dari menghasilkan album kerana TV3 terus memberi sokongan. Pertandingan Juara Lagu juga banyak dipelopori oleh muzik rock. Lama kelamaan, rockers² ini tidak mampu untuk bertahan disebabkan tekanan terlalu hebat dari pihak kerajaan. Begitu juga dengan cetak rompak yang mula bertapak dalam bidang hiburan. Beransur², muzik rock era emas ini semakin lenyap sehinggalah di penghujung 1993. Selepas 1993, muzik rock di zaman ini dikenali sebagai generasi ke tiga. Iramanya lebih lembut dan mendayu atau dipanggil balada. Penampilan mereka lebih kemas dan berambut pendek. Kebanyakan mereka melakukan demikian adalah untuk mengikut syarat² yang dikenakan ke atas mereka. Namun begitu, kegilaannya tidak seperti di zaman emas rock. Antara kumpulan yang muncul di zaman ini adalah seperti AXL'S, Spears, Spoon, Screen, Scorr, Data dan sebagainya. Walaupun generasi ini cuba untuk menaikkan semula industri rock, namun kemunculan mereka tidak dapat diterima para pendengar di zaman era emas rock kerana penampilan dan gaya. Maka terbentuklah generasi baru dari generasi ketiga yang menggemari irama balada ini. Lagipun, pada masa itu, genre muzik lain telah banyak memasuki pasaran tanahair dan ramai rockers telah beralih ke muzik underground. Thanks To Ainul, Udin and Muarian People. Dan tak lupa aku nak ucapkan terima kasih kepada artis² rock ini yang masih lagi terus memperjuangkan seni muzik rock hingga ke hari ini, terutamanya yang ada kat site imeem nie, yang memberi keizinan kepada aku untuk menguploadkan lagu² ini. Tujuan aku share lagu² nie supaya generasi hari ini dan akan datang tidak lupa bahawa muzik² ini pernah mencetuskan havoc dan evolusi sedikit masa dahulu. Lagu² nie, hampir kesemuanya dah susah giler nak jumpa dah, radio pun dah tak pasang. Inilah salah satu cara untuk didengar. Harap rockers² semua paham maksud dan tujuan aku upload lagu² nie. Sekian dari aku.
Basic
gender
Male
birthday
January 29, 1975
Network
city
Lembah Keramat, Kuala Lumpur
state/country
MY
 
 

Featured Music Playlist

To listen to music and watch video on imeem, you'll need at least Macromedia Flash Player 9 and JavaScript enabled in your browser.

Latest Blog Post

Post
 
Date
 
Sep 16th, 12:09pm

Profile Comments

Nov 14th, 3:36pm
sy suka semua lagu yg ada pd awk...
Aug 30th, 7:25am
LAGU2 ALBUM UCOP - ANEXTRIPLOTISI.
Aug 30th, 7:22am
TABIK...FULL KN LAGU2 ALBUM UCOP - ANEXTRIPLOTISI. TQ.
Jul 14th, 8:05am
lagu2 di sini semuanya dah susah nak dapat..alhamdulilah sebab ada org mcm bro bond..keep these songs n bands alive..nak cari kaset n cd dorang sekarang dah susah gila.. im still looking for songs dari kumpulan victim..dah lebih 10 tahun cari, tak dapat..bro bond, kalau ade lagu kumpulan straw pon upload kan la ye..thanx..
Jun 11th, 7:07pm
Salam Bro......Tima kasih coz sudi accept kita sebagai rakan........Dari profil..Bro...tentunya Bro Bond007 bekerja keras untuk mendapatkan semua nie......Gua tabik spring....semoga Bro Bond007 akan terus berjaya....dan dari latar belakang...tema sudah ternampak.....koleksi kulit album yang hari sudah tidak dapat dicari dengan mudahnya pada mana-mana kedai kaset...dan cd..
Apr 4th, 2:13pm
apa-apa pun, saya respect bond kerana telah memancarkan sinar kepada rock tempatan kita, dgr dr penjelasan bond yang amat jelas dan padat
Feb 23rd, 12:37pm
Askum...bro wa memang caya sama lu...dah lama wa cari blog macam ni...sadusss siot...anyway kita kawan ok!!! muka memang ganazzz...tapi dalam hati ada taman...sape tahu kan...hanya tuhan yang tahu...gua caya gua..
Jan 29th, 4:59am
epi besday bro
RssFeed

Recent Media

May - Wira Cyborg - 06 - Ratu Cinta - May
(Duration: 5:16)
Sep 8th, 8:29pm
Sutera - Sutera - 01 - Fenomena Cinta - Sutera
(Duration: 5:50)
Sep 8th, 8:29pm
May - Ziet Geist - 01 - Ziet Geist - May
(Duration: 5:07)
Sep 8th, 8:20pm
May - Ziet Geist - 09 - Renda - May
(Duration: 4:15)
Sep 8th, 8:09pm
Leon - Rindu Merindu - 10 - Memendam Rasa - Leon
(Duration: 4:44)
Jan 10th, 8:59pm
Leon - Merisik Rindu - 03 - Semurni Kasih - Leon
(Duration: 4:50)
Jan 10th, 8:59pm
Leon - Merisik Rindu - 06 - Rindu Nirmala - Leon
(Duration: 5:36)
Jan 10th, 8:59pm
Leon - Merisik Rindu - 05 - Bisa - Leon
(Duration: 5:43)
Jan 10th, 8:59pm
Legenda - Legenda - 02 - Kerna Cintaku - Legenda
(Duration: 4:46)
Jan 10th, 8:59pm
Mega - Mega - 05 - Mega Cinta - Mega
(Duration: 3:56)
Jan 10th, 8:59pm
Mega - Mega - 02 - Badai - Mega
(Duration: 5:11)
Jan 10th, 8:59pm
Mega - Rentak Kaki Lima - 06 - Pergi - Mega
(Duration: 5:13)
Jan 10th, 8:59pm
Mega - Kita - 10 - Kita - Mega
(Duration: 5:45)
Jan 10th, 8:59pm
Mega - Mega - 07 - Kau Dan Aku - Mega
(Duration: 4:37)
Jan 10th, 8:59pm
Mega - Illustrasi - 07 - Samudra Alfa - Mega
(Duration: 3:46)
Jan 10th, 8:59pm
Awie - Awie - 01 - Tragedi Oktober - Awie
(Duration: 5:04)
Jan 10th, 8:59pm
Mega - Kita - 05 - Bicara Sepi - Mega
(Duration: 4:28)
Jan 10th, 8:59pm
Mega - Illustrasi - 06 - Mega Cinta 2 - Mega
(Duration: 4:49)
Jan 10th, 8:58pm
Mega - Illustrasi - 04 - Cahaya Kekasih - Mega
(Duration: 5:11)
Jan 10th, 8:58pm
The Temple Of The King - Rainbow
(Duration: 4:45)
Dec 13th, 6:42am
Love Is On The Way - Saigon Kick
(Duration: 4:24)
Dec 13th, 6:42am
Is This Love - Whitesnake
(Duration: 4:45)
Dec 13th, 6:42am
To Be With You - Mr Big
(Duration: 3:28)
Dec 13th, 6:42am
I Love You - Saigon Kick
(Duration: 3:38)
Dec 13th, 6:42am
Here I Go Again - Whitesnake
(Duration: 4:35)
Dec 13th, 6:42am
You're All I Need - White Lion
(Duration: 4:27)
Dec 13th, 6:42am
When The Children Cry - White Lion
(Duration: 4:24)
Dec 13th, 6:42am
Just Take My Heart - Mr Big
(Duration: 4:25)
Dec 13th, 6:42am
Two Steps Behind - Def Leppard
(Duration: 4:17)
Dec 13th, 6:42am
Where You Going Now - Damn Yankees
(Duration: 4:40)
Dec 13th, 6:42am
High Enough - Damn Yankees
(Duration: 4:45)
Dec 13th, 6:42am
I Used To Love Her - Guns N Roses
(Duration: 3:13)
Dec 13th, 6:42am
Wild World - Mr Big
(Duration: 3:28)
Dec 13th, 6:42am
Silence Is Broken - Damn Yankees
(Duration: 5:01)
Dec 13th, 6:42am