login
The Ramlah Ram Group
blog post Saksikan MTV Radang Rindu!
Posted in PROMOSI ALBUM on Nov 08, 2009 at 9:22 AM by Ramlah Ram
Current Mood: excited


Kepada semua peminat-peminat Ramlah, saksikan MTV terbaru Ramlah, Radang Rindu di YouTube Ramlah Ram Group di sini Semoga terhibur yaa....

Kepada semua peminat Ramlah, jangan lupa dapatkan VCD Karaoke Ketentuan' yang original ya...


blog post RRG Bukti Cinta Peminat Ramlah Ram
Posted in Aktiviti Group on Nov 07, 2009 at 9:52 AM by Ramlah Ram
Current Mood: awesome



KUALA LUMPUR, 30 OKTOBER 2009: Bertuah sungguh penyanyi Ramlah Ram kerana mempunyai sekumpulan peminat setia yang sentiasa bersikap prihatin terhadap segala perkembangan yang berkaitan dengan diri serta aktiviti seni suaranya.

Dengan usaha dan kerja keras mereka inilah, akhirnya tertubuhnya kelab peminat yang dinamakan Ramlah Ram Group (RRG). Dikendalikan ahli jawatan kuasa (AJK) induk seramai 7 orang, diam tak diam, sudah 3 tahun RRG ditubuhkan.

Sepanjang penubuhan selama 3 tahun itu, sudah bermacam-macam aktiviti yang dianjurkan RRG termasuklah mengadakan Rumah Raya Terbuka bersama Ramlah Ram di sekitar kawasan Alam Damai, baru-baru ini.



Presiden RRG, Suzaimi Soaib, sewaktu diwawancara berkata, walaupun setiap AJK induk ini mempunyai pekerjaan tetap masing-masing, namun komitmen yang ditunjukkan mereka terhadap RRG memang langsung tidak berbelah bagi.

"Dalam program Rumah Raya Terbuka bersama Ramlah Ram itu misalnya, kita telah usahakan segala-galanya menggunakan tenaga serta kudrat kita sendiri. Malah, kita sendiri yang keluarkan duit untuk menganjurkan rumah terbuka ini.

"Alhamdulillah berkat usaha beramai-ramai, kita telah berjaya mengumpulkan wang sebanyak RM3,000 sehingga RM4,000. Sumbangan wang sebanyak ini telah dilakukan dengan seikhlas hati.

"Semua ini kami lakukan atas dasar pengorbanan kami buat Ramlah dan rasa kasih dan sayang kami yang tidak berbelah bagi terhadap dirinya. Apa yang lebih penting, bila adanya program yang seperti ini, ia dapat menarik lebih banyak lagi peminat di luar sana untuk mendekati Ramlah.



"Ternyata usaha yang kami lakukan ini tidak sia-sia kerana banyak peminat yang telah datang dan banyak respon positif yang telah kami terima. Kebanyakan meminta supaya aktiviti seperti ini dilakukan lagi pada masa akan datang. Tidak kurang juga yang berminat untuk menyertai RRG.

"Setakat ini, menerusi aktiviti yang telah dijalankan selama 3 tahun, kami telah berjaya mengumpulkan sebanyak 300-400 peminat di seluruh Malaysia termasuklah di Singapura sendiri. Kami harap angka ini akan terus bertambah lagi dari masa ke semasa," katanya.

Ramlah cukup hargai peminatnya
Jelas Suzaimi lagi, kejayaan RRG menempa nama dalam waktu yang cukup singkat di dalam industri hiburan membuatkan ramai yang angkat topi serta kagum dengan usaha mereka itu.

"Mungkin semua ini adalah penglibatan kami yang sentiasa mengikut Ramlah ke mana-mana saja. Sampaikan orang ingat dan kenal RRG termasuklah dari kalangan pihak media dan selebriti ini. Sokongan yang mereka berikan terhadap RRG juga cukup baik sekali.

"Tapi, semua ini tidak akan menjadi kalau tiadanya sokongan dan kerjasama daripada Ramlah sendiri. Dia seorang penyanyi yang cukup baik, sporting dan tidak pernah berkira dengan peminat.



"Kalau kita buat apa-apa aktiviti, dia akan turut serta. Malah, datang dengan persiapannya sendiri. Dia juga rela hati menghiburkan peminatnya. Walaupun kadangkala didera untuk menyanyi, dia tetap buat.

"Semua itu tidak mengecewakan dan dia sentiasa buat dengan kerelaan hatinya sendiri. Sebab itulah kami semua sayangkan dia. Dia juga seorang yang merendah diri. Patutnya, dengan taraf dan statusnya itu, dia sudah ada tahap divanya sendiri.



"Apapun untuk mengenang segala pencapaian serta jasa dan sumbanngan sebagai salah seorang penyanyi wanita yang cukup disegani di Malaysia , kami telah membuatkan facebook, myspace, laman web untuknya.

"Malah, kami juga sentiasa meletakkan klip video lagunya di dalam YouTube. Kami buat semua ini supaya orang sentiasa ingat dia dan lagu-lagu nyanyiannya. Malah, kami juga mahu dia sentiasa diingati sampai bila-bila," katanya.

Dalam pada itu, Ramlah pula berkata, dia memang cukup terharu dengan pengorbanan yang dibuat RRG untuk dirinya.

"Semua aktiviti mereka lakukan untuk saya. Saya sendiri tidak sangka sampai begitu sekali cara mereka menunjukkan minat dan penghargaan terhadap penyanyi seperti saya ini.

"Tapi, mungkin itulah kesan dan impaknya bila mereka ini membesar dengan lagu-lagu nyanyian saya. Adakalanya, saya sendiri tidak ingat lagu-lagu yang saya nyanyikan dan mereka pula yang lebih tahu serta turut menghafalnya.

"Apapun, saya gembira bila dapat menjayakan aktiviti seperti ini. Apa yang kita lakukan ini bukan untuk orang lain tapi peminat kita sendiri sebab kalau tiada peminat, tiadalah seseorang artis itu," katanya.

Jika tiada aral melintang, RRG kini dalam perancangan untuk meraikan 25 tahun Jubli Perak pembabitannya di dalam bidang seni suara pada tahun depan dan ia akan turut diadakan pada hari ulang tahun kelahirannya nanti.

Source : Murai.com.my



blog post UNDIAN DI HITS SATU @ RTM
Posted in Aktiviti Group on Oct 28, 2009 at 1:15 AM by Ramlah Ram
Untuk mengundi lagu 'Radang Rindu' taipkan HITS1(jarak)RADANG dan hantarkan ke 32776. Kedudukan lagu 'Radang Rindu' minggu lalu (siaran 24 Oktober 2009) adalah di tempat ke 7 tetapi kedudukan SMS berada di tangga ke 10 (terakhir). Kedudukan terbaik setakat ini dalam carta ialah di tempat ke 3. Perlu diingatkan hanya Juara keseluruhan dalam kedudukan SMS akan menempah tiket ke peringkat akhir Hits Satu tahun depan. Manakala 3 lagu yang mendapat SMS paling kurang pada minggu ke 3 setiap bulan akan dikeluarkan dari carta dan ini akan melenyapkan peluang lagu itu untuk diundi lagi dan menjadi juara pada pusingan yang seterusnya...

Jadi untuk semua peminat Ramlah Ram terutama sekali ahli kelab peminat Ramlah Ram Group (RRG), jangan biarkan lagu diva kesayangan anda ini terkeluar dari carta dan seterusnya melenyapkan peluang Ramlah Ram bertanding di peringkat akhir dan seterusnya mengikut jejak langkah lagu 'Ketentuan' sebagai Juara Hits Satu Musim Ke 5 (2008) yang lalu. Minggu lalu, pengacara Hits Satu, E-one & Nabila ada mengatakan "di manakah RRG? Macam mana lagu Kak Ramlah boleh berada dikedudukan yang terakhir?" bila mana kedudukan SMS diumumkan...

Sekali lagi untuk mengundi taipkan HITS1(jarak)RADANG dan hantarkan ke 32776.. Jangan lupa undi semua!!!


blog post Temui Ramlah Ram di Giant Ahad Ini!
Posted in Aktiviti Group on Oct 23, 2009 at 3:30 PM by Ramlah Ram
Current Mood: excited



Kepada semua ahli RRG yang ingin menemui Ramlah Ram, sila hadirkan diri anda di Giant Bandar Kinrara, Ahad ini, 25 Oktober 2009 pada jam 2.00 petang! Jumpa anda di sana!

Sila klik link dibawah untuk ke lokasi!
View Larger Map


blog post Tahun gembira Ramlah Ram
Posted in Buletin Ramlah on Oct 23, 2009 at 3:07 PM by Ramlah Ram
Current Mood: happy



MENYELUSURI tahun 2009, ada beberapa perkara yang mampu membuatkan pemilik suara yang pernah popular dengan lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu ini tersenyum kegembiraan.


Selain menyaksikan kebangkitan semula dirinya ke lapangan seni tanah air, diam tak diam, sudah 24 tahun usianya bergelar anak seni dan hidup bergelumang selaku sang penghibur. Pernah berada di kemuncak dan merasa seakan ditelan dek kemunculan artis-artis baru, namun hakikatnya, nama pemilik diri bernama Ramlah Ram ini masih bertahan dan sentiasa menjadi sebutan ramai.

Kemunculan album terbarunya berjudul Ketentuan menjadi bukti betapa suara Ramlah masih diperlukan dalam menghidupkan suasana hiburan tempatan. Ketentuan menjadi satu kebanggaan buat Ramlah setelah 11 tahun tidak muncul dengan album. Kali terakhir penyanyi ini muncul bersama album solo ialah pada 1998 menerusi Sekeping Cinta Sehampar Janji.

Bertambah bangga, lagu Ketentuan ciptaan komposer terkenal Azlan Abu Hassan yang dimuatkan dalam album berkenaan dinobatkan sebagai lagu terbaik pertandingan akhir Hits 1 anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM), tahun lalu.

Mula dipasarkan sekitar Jun lepas bersama syarikat rakaman FMC, Ramlah bersyukur kerana album itu mendapat respons yang baik kalangan peminatnya. Biarpun ada cakap-cakap yang mengatakan album itu tidaklah sehebat mana, bagaimanapun, bagi Ramlah, peminat setianya masih ada dan Ketentuan membuatkan dia memperoleh peminat-peminat baru khususnya kalangan generasi muda.

“Dalam menarik peminat baru, saya tidak lupa menggunakan laman sosial Facebook atau Myspace yang menjadi kegilaan remaja masa kini untuk mempromosikan album dan segala aktiviti hiburan.

“Sepanjang Ramadan ini juga, saya sibuk dengan aktiviti promosi Ketentuan di samping menghadiri undangan rakaman Aidilfitri.

“Alhamdulillah, rezeki dan nama saya dalam lapangan seni masih ada,’’ katanya ketika ditemui di program rakaman Melodi Raya di Sunway Lagoon, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Menurut Ramlah, selain penantian selama 11 tahun untuk muncul dengan album baru, tahun 2009 juga memberi sinar baru buatnya apabila berpeluang merakamkan sebuah lagu raya sempena Aidilfitri nanti. Lagu berjudul Bila Aidilfitri Kembali yang berentak kemelayuan itu dirakamkan secara berduet bersama Jay Jay. Menariknya, selain penantian selama 11 tahun untuk muncul dengan album solo terbaru, Bila Aidilfitri Kembali juga merupakan hadiah paling bermakna buat Ramlah yang kali terakhir merakamkan lagu raya sekitar 11 tahun lalu menerusi Cahaya Aidilfitri.

“Selain Ketentuan, terlibat dengan rakaman Bila Aidilfitri Kembali merupakan detik-detik yang menggembirakan saya untuk tahun ini. Sudah lama saya tidak merakamkan lagu raya. Lagu ini dicipta oleh S. Atan manakala lirik oleh Siso.

“Ia menceritakan tentang perasaan gembira berkumpul bersama keluarga di Aidilfitri. Rentaknya cukup menimbulkan mood untuk berhari raya,’’ jelas Ramlah yang juga juara Bintang RTM 1985.

Cerita Aidilfitri Ramlah
Bercakap mengenai Aidilfitri, untuk tahun ini, Ramlah dan suami, Kamal Roslim akan pulang beraya di Muar, Johor.

“Kalau hendak ceritakan apa yang seronok tentang Aidilfitri, ia sama sahaja seperti tahun-tahun sebelum ini.

“Cuma bagi saya, Aidilfitri tahun ini amat menyeronokkan kerana pertamanya ada album baru dan keduanya, rakaman lagu raya,’’ jelasnya.

Kata Ramlah, walaupun Aidilfitri diraikan tanpa gelaran sebagai seorang ibu, dia tidak pernah kesunyian kerana memiliki anak buah yang ramai.

“Mereka sudah saya anggap seperti anak sendiri. Saya bukannya tidak mahu anak tetapi sudah tidak ada rezeki. Saya reda akan segala ketentuan Allah,’’ ujarnya.

Tidak kisah apa kata orang
Diajak bercerita tentang segala tuduhan orang yang masih mengatakan bermacam-macam tentang dirinya dan suami seperti sering kelihatan keseorangan di majlis-majlis tertentu, termasuk dikatakan rumah tangganya yang goyah, Ramlah berkata, dia sudah tidak ambil kisah lagi tentang segala tuduhan itu.

“Kalau hendak diikutkan, memang banyak lagi yang diperkata orang tentang diri saya dan suami. Katalah apa pun. Saya tak ambil kisah. Apa yang penting, Allah tahu apa yang kita lakukan,’’ tambahnya.


Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my


blog post Rumah Terbuka Azwan Haji Ali
Posted in Aktiviti Group on Oct 23, 2009 at 2:47 PM by Ramlah Ram
Current Mood: fabulous


TARIKH : 19 OKTOBER 2009 (ISNIN)
JAM : 6 PETANG - 1 PAGI
LOKASI : ASTANA AZWANA (KEDIAMAN RASMI AZWAN ALI)
TAMAN ANDAMAN UKAY....UKAY PERDANA
MAJLIS : RUMAH TERBUKA AZWAN ALI 2009


Petikan dari blog Azwan Haji Ali:

"Dah kata dah..........malam tu taraf diva diva jer yang datang !!! kelazz tak nyah??? akak melah kita !!! Ramlah Ram..........pemenang unggul Bintang RTM dan Juara Lagu TV3 1988 pun datanggg...........tq tq tq Kak Melah ooi............



Kau Kunci .....Cinta kuuuu..........di Dalam Hatimu !!!!!! tq tq Ramlah Rammm ooi........1st time jenguk astana azwana ya???? mak sayangggg ko dik....

Pipi Kak Melah makin gebuzz u allz.....kalau telor itik atau telor penyu tengok putih nya kulit pipi kak ramlah ram......gerenti telor telor tu akan menangis 3 hari 3 malam u allz....he he he........"



blog post Ucapan terima kasih dari Ramlah Ram
Posted in Aktiviti Group on Oct 23, 2009 at 2:27 PM by Ramlah Ram
Current Mood: content


Kepada semua peminat Ramlah dan ahli-ahli RRG yang telah hadir bagi memeriahkan majlis rumah terbuka Ramlah anjuran RRG, Ramlah ucapkan ribuan terima kasih tak terhingga. Tidak lupa juga kepada para wartawan dan pihak media yang tutur sama turut serta. Kepada Azwan Haji Ali, Naser Wahab dan semua rakan-rakan perjuangan... Ramlah ucapkan terima kasih tak terhingga.

Bagi peminat yang ingin melihat foto-foto dari majlis tersebut, jangan lupa layari laman Facebook dan MySpace Ramlah ye.

Hingga ketemu lagi,

Ramlah Ram


blog post Aturcara Majlis Rumah Terbuka Ramlah Ram Group
Posted in Aktiviti Group on Oct 15, 2009 at 2:22 PM by Ramlah Ram
Current Mood: excited


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Ahli RRG.

Bagi mereka yang bakal menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Ramlah Ram Group, berikut adalah aturcara majlis pada malam tersebut.

ATURCARA MAJLIS
08.00 mlm - Ketibaan para tetamu & jamuan
08.30 mlm - Ketibaan Ramlah Ram
08.45 mlm - Doa dan Ucapan President RRG
09.00 mlm - Ucapan Ramlah Ram
09.15 mlm - Persembahan RRG
09.45 mlm - Pengumuman Istimewa
10.30 mlm - Persembahan Istimewa
10.45 mlm - Sesi beramah mesra Ramlah Ram dengan RRG
11.00 mlm - Sesi temuramah bersama Wartawan & Majlis Tamat


Jika anda ada sebarang pertanyaan sila hubungi saudara Suzaimi di talian 012 213 3610 atau 012 386 0610.


blog post RUMAH TERBUKA AIDILFITRI RAMLAH RAM GROUP (RRG)
Posted in Aktiviti Group on Oct 06, 2009 at 12:16 PM by riezal szmi
Current Mood: excited
Untuk makluman perminat setia Ramlah Ram & dan semua Ahli RRG, pihak jawatankuasa RRG akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2009 bertempat di Bandar Damai Perdana, Cheras Kuala Lumpur.

Oleh itu semua peminat-peminat setia Ramlah Ram dialu-alukan hadir untuk beramah mesra sambil mengeratkan hubungan silaturahim bersama Ramlah Ram dan AJK RRG.Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi Saudara President RRG,Rizal di talian 012-2133610.


Untuk maklumat lanjut sila lihat paparan kad jemputan dibawah. Terima kasih.










blog post Petikan Harian Metro 13 Ogos 2009
Posted in Buletin Ramlah on Aug 14, 2009 at 8:21 AM by Ramlah Ram
Current Mood: excited
KETIKA industri muzik tanah air masih lesu, mampu menghasilkan album baru sememangnya sesuatu yang membanggakan bagi penyanyi. Ini kerana ia kini memerlukan pengorbanan daripada penyanyi dengan mengeluarkan belanja sendiri untuk menghasilkan album.

Bagaimanapun, penyanyi popular 80-an dan 90-an yang dicungkil bakatnya selepas menjuarai Bintang RTM 1985, Ramlah Ram, mampu tersenyum bangga dengan penerbitan album studio ke-14, Ketentuan yang dipasarkan Jun lalu bersama syarikat rakaman Fantasia Music City (FMC). Lebih membanggakan apabila FMC melancarkan album Ramlah serentak dengan Jay Jay di pusat beli-belah The Mines, Seri Kembangan. Jay Jay yang agak lama menyepi, tampil dengan album Emosi menampilkan lagu hit seperti Permaisuri.

Ternyata mereka bukan sekadar melancarkan album bersama malah kini berpadu suara menerusi lagu duet raya, Bila Aidilfitri Tiba ciptaan S Atan.

Akui Ramlah, Jay Jay antara penyanyi lelaki dikaguminya kerana kehebatan vokal bekas anggota kumpulan Carefree itu.

"Idea menggandingkan kami ini sebenarnya berlaku secara spontan. Memandangkan album kami baru dilancarkan, FMC terfikir untuk lakukan usaha sama antara kami sempena memeriahkan lagi sambutan Ramadan dan Aidilfitri.

"Sewaktu idea ini dikemukakan, saya memang cukup teruja kerana bukan saja pertama kali dapat berduet dengan Jay Jay dalam sebuah lagu, malah saya menganggap lagu ini sebagai hadiah kami kepada peminat.

"Lagipun, suasana sambutan Aidilfitri beberapa tahun kebelakangan ini tidak seperti zaman saya dulu. Kalau dulu sebelum Ramadan menjelang, semua penyanyi sibuk merakamkan album raya, tetapi sekarang sejak kemerosotan jualan album, artis kekurangan peluang.

"Saya bersyukur sangat kerana FMC sudi menawarkan peluang ini kepada saya dan Jay Jay walaupun kalau nak ikutkan kami ini bukan artis baru," katanya.

Berkonsepkan tradisional, lagu nukilan S Atan ini baru saja selesai dirakamkan Rabu lalu di NAR Studio, Damansara.

Ramlah yang semakin hangat dengan single terbarunya, Radang Rindu berkata, dia dan Jay Jay akan terbabit dalam penggambaran klip video Bila Aidilfitri Tiba, Isnin ini di Hulu Langat.

"Saya harap peminat akan menyukai lagu ini dan difahamkan ia juga boleh dibeli secara 'ringtone' tidak lama lagi," katanya.

Dalam pada itu, Ramlah juga sibuk memenuhi undangan menyanyi. Antaranya menghiburkan peminat di Dataran Dewan, Dungun, Terengganu, malam ini bersempena Konsert THR Gempak manakala esok (Sabtu) menemui peminat di Majlis Perbandaran Petaling Jaya bagi acara Konsert Suria FM.


1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 ... Next

RssFeed